May 19, 2009

ESTER-C


Price : RM 48.00
Code : 010480

CNI ESTER-C PLUS
Pengenalan

Vitamin C atau asid askorbatik, terlibat lebih 300 tindakbalas biokimia tubuh setiap hari. Nutrien ini amatlah penting, tetapi tidak dapat dihasilkan secara sendirinya oleh sesetengah mamalia termasuk manusia. Ini adalah disebabkan oleh kekurangan enzim gluconolactone okside. Akibatnya, kita perlu mengambil vitamin C secara berterusan daripada sumber luar.
Vitamin C sebagaimana diindikasikan oleh nama saintifiknya, ia adalah bersifat asid. Salah satu masalah utama yang menghalang penyerapan nutrien ini dikenali sebagai Sindrom Tolakan Asid, yang berlaku apabila vitamin C masuk ke dalam usus kecil yang beralkali, dan menimbulkan kembung perut, keradangan, cirit-birit serta ketidakselesaan lain.

Namun kini, hasil penyelidikan telah berjaya menghasilkan vitamin generasi 3, digelar Ester C, yang mampu mengatasi kekurangan vitamin C sebelum itu. Variasi vitamin C ini merupakan satu-satunya formulasi yang digabungkan bersama metabolit, supaya ia bersifat neutral dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Teknik penghasilannya masih dilindungi paten setakat ini.

Ciri-ciri keistimewaan:-

1. Keberkesanan tinggi - Selain kalsium, Ester-C digabungkan bersama dengan threonate untuk meningkatkan pengangkutannya ke dalam sel tubuh. Ini dapat meningkatkan kadar penyerapan, serta kadar pengekalan lebih daripada 2 kali ganda, berbandingkan dengan vitamin C biasa. Maka, ia dapat memberikan perlindungan yang lebih berkesan kepada tubuh.

2. Neutral - pHnya 7.0 iaitu neutral, maka tidak menimbulkan Sindrom Tolakan Asid. Ester-C tidak menimbulkan ketidakselesaan pada bahagian gastrousus, dan mudah diterima. Ia sesuai kepada semua golongan serta penggunaan jangkamasa panjang.

3. Dipatenkan - Satu-satunya vitamin C yang dianugerahkan 3 paten oleh US Commissioner of Patents & Trademarks, atas komposisi Ester-C yang unik serta tahap biologinya yang tinggi. Formulasi vitamin C generasi 3 ini dibawa khas oleh CNI ke pasaran Malaysia.

Kenapa kita perlu Ester-C?

Tubuh manusia merupakan suatu struktur hidupan yang kompleks, merangkumi pelbagai sistem yang berkerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kita sentiasa sihat sejahtera. Malangnya, tahap kesejahteraan ini bukanlah sesuatu yang tetap dan pada hakikatnya,

selalu berubah berdasarkan persekitarannya. Pertarungan di antara bakteria, virus, fungus dan manusia tidak pernah berhenti.

Sehinggalah anda mengalah kepadanya. Kelesuan, kemurungan, sakit otot, penampilan kusam, gusi berdarah, nafas berbau, lebam berlarutan, cirit-birit dan sebagainya adalah simptom-simptom kemerosotan daya imuniti. Dengan SARS, selsema burung, denggi dan banyak lagi serangan wabak yang tidak diketahui dari semasa ke sama, Ester-C bagaikan payung yang melindungi anda daripada ribut dan taufan, memberikan anda suatu perlindungan tubuh secara total.

Manfaat-manfaat kesihatan:-

1. Meningkatkan daya kekebalan
- Merangsangkan penghasilan sel-sel pertahanan
- Merangsangkan penghasilan antibody
- Meningkatkan penghasilan komponen-komponen imuniti.
- Menetang jangkitan bakteria, virus, kulat dan seumpamanya
- Mengurangkan gejala alergi

2. Memberikan perlindungan anti-pengoksidaan
- Meneutralkan radikal bebas
- Membantu dalam proses detoksifikasi
- Mencegah kejadian penyakit-penyakit degeneratif

3. Memperkuatkan tisu penghubung
- Merangsangkan penghasilan kolagen
- Membina serta meneguhkan struktur sendi

4. Meningkatkan penyerapan minerals
- Menukarkan zat besi kepada bentuk yang mudah diserap.
- Membekalkan zat kalsium tambahan kepada tubuh.
- Mengaktifkan asid folik dalam tubuh

5. Mengurangkan stress
- Merangsangkan penghasilan hormone-hormon stress
- Mengawal sistem saraf pusat

Sangat sesuai kepada:-

Skurvi, alergi, gelisah & stress, asma, anemia, luka bakar, kataraks, demam & selsema, pencegahan kanser, sakit sendi, degenerasi makular, kekedutan kulit, jangkitan bakteria & virus.
- Sumber diambil dari Forum CNI

1 comment:

MT YUSAINI said...
This comment has been removed by the author.